Monday, November 24, 2008

watermelonfc kalah lagi

huhuhu...salam...seperti tajuk diatas itulah cite kite pada hari ini... nampaknya pasukan kami tewas lagi..x pe kami akan cuba lagi.. sebenarnya ini telahpun dijangka memandangkan pasukan yang kami lawan handal2 belaka.. layak ke pusingan ke 3 adalah boleh dianggap satu pencapaian terbaik pasukan kami. walaubagaimanapun kami akan cuba membaiki kepincangan pasukan kami...huhuhu...cam alex furguson la pulak..

kita tinggalkan futsal dulu sekejap..kembali ke arena perladangan kita..huhuhu...setakat ini projek yg ingin aku jalankan masih lagi terbengkalai kerana masalah cuaca..hujan turun mencurah-curah tanpa henti2 .. nampaknya projek ini akan lamabt lagi la berjalan.. biar la lambat asal selamat. tapi lambat2 jalan projek kan lambat pulak la leh kawen...huhuhu....dah la musim2 hujan ni. sedap nye la leh kawen musim2 gni... musim hujan gni ditambah pulak dengan cuti sekolah ini memang ramai la yang amik kesempatan melansungkan perkahwinan.. maka musim ini sangat sesuai dipanggil musim mengawan...huhuhu.....selamat pengatin baru kepada kawan2 ku yg pergi meninggalkan aku yang masih lagi memegang status single ini.. huhuhu...kepada aya, mijie, bob, sharul, azmi, yati, mekdah( zuraidah) diucapkan selamat pengantin baru.. dan kepada pok nik( nik hery) selamat menjadi bapa..huhuhu...korang kawen la dlu... pasni aku follow la.hahahaha...

berbalik pada projek yg akan aku jalankan ini... ini adalah tanah yg akan aku usahakan dengan projek cili aku..tanah seluas 3 ekar lebih ini adalah tidak mampu untuk aku usahakan seorang diri.. aku juga perlu mencari partner. mungkin aku tidak akan usahakan keseluruhan tanah tersebut memandangkan aku akan target menanam 2000 polybeg sahaja dulu. dan masalah sekarang yang paling utama ialah ketiadaan elektrik di tapak ini..hmmmm... mungkin aku x berjaya membuat kaedah fertigasi jika tiada elektrik. tapi aku akan usahakan jgak dengan apa cara sekalipun..huhuhu semangat nih..huhuhu..semangat aku tengah membara ni.. dengan harapan mengumpul duit untuk kawin aku akan usahakan juga dengan apa cara sekalipun..huhuhuu....maybe lepas ni masa aku bersantai dengan kawan2 ku akan dikurangkan sedikit berbanding sekarang. dan masa datim jgk akan dikurangkan. huhuhu jangan merajuk ek sayang.. walaupun aku ni boleh dikatakan agak cetek dlm penanaman cili aku akan cuba mengambil risiko ini. aku memlih cili ini memandangkan harganya yang kosisten. dan juga aku melihat cili ini amat berbeza dengan tembikai yang selalu aku tanam dengan kawan2. sebenarnya tapak ini penah digunakan untuk menanam tembikai namun tidak menjadi kerana tanah yang berpasir dan "gong" iaitu tinggi menyebabkan tanah tidak dpt menyimpan air di musim kemarau.

jadi pilihan yang aku ada adalah mengusahakan tanaman yg ditanam didalam polybeg. dan projek tembikai aku akan jalankan ditapak lama..



inilah cili sulung yg ditanam oleh aku dlm projek eksperimen aku ditanam di kebun ku. huhuhu ... walaupun agak lambat berbuah tapi aku bangga kerana akhirnya berjaya jgk berbuah. projek eksperimen aku sebenarya telahpun bermula sebulan lebih yang lepas. aku telahpun membeli kit fertigasi mini dari sabakagro untuk menjalankan kajian ini. walaupun hanya 10 pokok yg mengunakan kaedah fertigasi mini ini...aku juga telah menanam 40 pokok lagi dalam polybeg tanpa mengunakan fertigasi. dan keputusan yg aku dapat ialah kaedah fertigasi adlah amat sesuai untuk menanm cili dari segi pertumbuhan pokok. huhuhu....walaupun dlm kit fertigasi sabkagro juga telah disertakan baja dan bahan kawalan serangga.. aku jg mengunakan beberapa racun tambahan lain dan juga mengunakan set baja A B yg dibeli di kedai pertanian di bandar jerteh. ini adalah sebagai percubaan untuk menjalankan projek sebenar nanti. apa yg aku perhatikan dari eksperimen aku ini dari 50 pokok cili yg ditanam hanya 3 pokok yang telah diserang penyakit. hmmm.. adakah aku mampu mengawal serangan penyakit ini jika aku menanam dalam 2000 pokok nanti??? .. huhuhu...sama2 la kita nantikan dan doakan aku berjaya.. huhuhu....

takut mati cepat mati.....takut rugi cepat rugi..........

No comments: