Tuesday, February 10, 2009

dalam kebuzyan ini......

huhuhu.....memang agak lama x update blog aku yg x seberapa ini...aku agak sememangnya sibuk aku ini telah sedikit sebanyak memberi aku beberapa pengajaran....pertama sekali jangan melakukan 2-3 perkara dalam satu-satu masa...huhuhu...aku sebenarnya menjalankan 2 projek dalam satu masa sekarang...satu projek tanam tembikai dan satu lagi projek tanam cili... huhuhu...dahla kerja lagi...jadi setelah memikirkan kesan baik buruk yang akan aku hadapi di masa depan...aku telah mengambil keputusan mengecilkan skala penanaman cili kerana ini adalah projek eksperimen..dan dengan skala yang kecil ini lebih mudah untuk aku belajar dan memberi tumpuan...

sebenarnya anak benih cili telahpun masuk kedalam rumah semaian seminggu yang lepas.. dan anak benih tembikai pun dan masuk dalam semaian...memandangkan kedua2 projek ini di tanam dikawasan berlainan adalah agak memenatkan berkejar ke sana dan kemari...huhuhu... tapi peringkat awal ni sahaja yang agak penat. selepas ini ok la skit kut. mengikut pengalaman aku menanam tembikai selalunya peringkat awal2 ni je yang penat sikit..lepasni kira dah x penat sangat dah..dan apa yang aku baca dalam forum bicarajutawan menanam cili adalah amat memenatkan...huhuhu...melainkan mengunakan kaedah fertigasi... dan aku bercadang mengunakan teknologi baru ini( bagi aku la yang buta pertanian ni) untuk projek cili aku... tetapi belum pun aku memulakan projek telah timbul beberapa masalah terutamanya bekalan elektrik yang belum tahu lagi dapat ke tidak. ini kerana tapak projek aku terkedalam hutan sedikit..huhuhu...kalau nak masuk elektrik maknanya kena tambah dalam 5-6 batang tiang lagi baru sampai...hurm susah 2 aku jirus pakai tangan je la..huhuhu..nasib baik aku semai sikit je benih cili ritu. huhuhu.....

memandangkan dah nak masuk waktu balik bagi pejabat2 pesekutuan dan kwasan2 yang sewaktu dengannya..aku pun kena bersiap nak balik la....hahahahaha.....