Wednesday, July 8, 2009

huarggggghh

fuh.....
memang agak lama sudah tidak menjenguk ke blog sendiri kerana beberapa alasan yang agak tidak munasabah......huhuhu
oleh kerana bekerja makan gaji...kenalah kerja kuat sikit walaupun gajinya kecik..huhuhu...kalau diikutkan memang x terlarat lagi...
aku cemburu tengok kawan2ku yang bekerja sendiri. mereka mempunyai masa yang cukup untuk membuat apa sahaja kerja yang mereka sukai. dan mereka boleh berusaha untuk mencari duit dengan usaha mereka sendiri tanpa perlu risaukan apa2....hurm...contohnya seorang kawanku yang dlunya berhenti sekolah setakat tingkatan 3 sekarang sudah boleh tersenyum bangga dengan hasil usaha nya. walaupun dia ni x berapa pandai sekolah tapi hasil usahanya sekarang adalah sangat memuaskan. dan seperti yang kita tahu....untuk berjaya kita memerlukan 1001 satu pengorbanan dan usaha yang bukan sedikit.. suka aku ceritakan kisah sahabatku untuk aku jadikan semangatku di masa hadapan...

sesudah berhenti sekolah kerana beberapa sebab...kawanku ini telahpun mengikut sepupunya membuat kerja2 buruh seperti renovation rumah dan lain2 lagi. tapi dia seorang yang cepat belajar. lama kelamaan kawanku ini telahpun pandai memasang "tile" @ mozek. semakin lama semakin berkualiti hasil kerjanya. akhirnya dia menjadi rebutan jika ada orang kampung yang ingin renovate rumah. tetapi dia masih lagi bekerja dengan sepupunya.. kerja2 memasang tile pula dilakukan sebelah malam...begitulah seterunsya kwanku ini. siang malam bekerja. termasuklah hari minggu...berbekalkan duit yang disimpan...kwanku ini mula membeli "tile" reject dari kilang. akhirnya tile reject mula mendapat perhatian kerana harganya yang murah. dan bersesuaian dengan harga orang kg... selepas itu kawanku ini mula membuka kedai tile...dan mula mendapat sub kontrak untuk memasang tile untuk projek2 kerajaan. dan akhirnya telah pun meluaskan perniagaan beliau ke seluruh malaysia....... begitu lah cerita seorang sahabat yang diringkaskan.....huhuhu tapi aku x nak la sampai gt2....kerja sampai x igt dunia

Wednesday, March 11, 2009

SUDAH 3 BULAN......

huhuhu agak lama x menjenguk ke blog sendiri.... bznya mengalahkan menteri besar...huhuhuh.. sebnarnya memandangkan aku telahpun menjalankan beberapa projek persendirian dan jugak kerja2 kat opis ni bertambun2...maka x sempat la nak menjenguk blog sendiri...huhuhu...agak2nya kalau la satu hari tu ada 45 jam kan best...leh r wat kerja banyak masa.. masa tdo pun mesti cukup.. tapi kalau satu hari 45 jam mesti ramai yang pengsan sampai bulan puasa nanti. hahahaha ramai gak le yang dah kata aku ni dah kurus skit..x tahu r kurus kerna kerja ke, kerna main futsal ke, kerna x cukup tdo ke, kerna mkn ubat kurus x tahu r..korang pikir la sendiri...

projek watermelon aku dahpun berjalan serentak dengan projek percubaan menanam cili. oleh kerana aku ni dah berkali2 menanam tembikai jadi aku ambil keputusan untuk mencuba dulu menanam cili ni secara kecil-kecilan.. sebanyak 2000 anak pokok cili dah pun disemai...

inilah antara gamabr anak2 cili @ lada yang disemai .... saya jangkakan anak cili yang disemai ini hanya tumbuh sekitar 1200 pokok sahaja tetapi melebihi jangkaan.. huhuhu......harap2 menjadi la tanam cili ni...setelah berusaha dengan gigih...cewah...maka proses memasukkan sekam padi ke dalam polybeg dahpun hampir siap. hurm......memang memenatkan tetapi agak puas apabila lihat hasil polybeg yg telapun diisi sekam memenuhi kebun.. pada mulanya saya ingin mengunakan habuk kelapa ataupun cocopeat...tetapi memandangkan sekam padi bertimbun2 berhampiran kilang padi kawasan rumah saya dan boleh didapati secara percuma. sy mengubah fikiran.. dan saya jgk telahpun melawat beberapa ladang cili konversional tetapi tidak sempat mengambil gambar.. dan kisah sedihnya ladang sifu saya yang juga sepupu sy telahpun tengelam banjir....oleh kerana hujan seminggu dua baru2 sangat lebat hinggakan kawasan yang rendah2 telahpun dinaiki air...nasib baik la anak cili aku masih dalam nurseri...kalau tak naya la jgk..tapi kesanya ada la jgk terasa kerana baja tahi ayam yang aku gunakan untuk tanaman tembikai dah pun hanyut dan rosak...hurm xpe. sikit je tu dugaan dari tuhan kalau nak bandingkan dengan org lain... lagipun leh dapat ngan harga murah je kalau ngan member..huhuhu...ari tu siap member bagi ayam masa pegi amik baja tahi ayam..huhuhu...dia bagi ayam yang dah x laku nak jual dah..tapi leh r wat lauk makan nasi.. walaupun begitu masih ada beberapa kerja lagi untuk aku lakukan sebelum menanam tembikai ni...fuh penat.....................

Tuesday, February 10, 2009

dalam kebuzyan ini......

huhuhu.....memang agak lama x update blog aku yg x seberapa ini...aku agak sememangnya sibuk aku ini telah sedikit sebanyak memberi aku beberapa pengajaran....pertama sekali jangan melakukan 2-3 perkara dalam satu-satu masa...huhuhu...aku sebenarnya menjalankan 2 projek dalam satu masa sekarang...satu projek tanam tembikai dan satu lagi projek tanam cili... huhuhu...dahla kerja lagi...jadi setelah memikirkan kesan baik buruk yang akan aku hadapi di masa depan...aku telah mengambil keputusan mengecilkan skala penanaman cili kerana ini adalah projek eksperimen..dan dengan skala yang kecil ini lebih mudah untuk aku belajar dan memberi tumpuan...

sebenarnya anak benih cili telahpun masuk kedalam rumah semaian seminggu yang lepas.. dan anak benih tembikai pun dan masuk dalam semaian...memandangkan kedua2 projek ini di tanam dikawasan berlainan adalah agak memenatkan berkejar ke sana dan kemari...huhuhu... tapi peringkat awal ni sahaja yang agak penat. selepas ini ok la skit kut. mengikut pengalaman aku menanam tembikai selalunya peringkat awal2 ni je yang penat sikit..lepasni kira dah x penat sangat dah..dan apa yang aku baca dalam forum bicarajutawan menanam cili adalah amat memenatkan...huhuhu...melainkan mengunakan kaedah fertigasi... dan aku bercadang mengunakan teknologi baru ini( bagi aku la yang buta pertanian ni) untuk projek cili aku... tetapi belum pun aku memulakan projek telah timbul beberapa masalah terutamanya bekalan elektrik yang belum tahu lagi dapat ke tidak. ini kerana tapak projek aku terkedalam hutan sedikit..huhuhu...kalau nak masuk elektrik maknanya kena tambah dalam 5-6 batang tiang lagi baru sampai...hurm susah 2 aku jirus pakai tangan je la..huhuhu..nasib baik aku semai sikit je benih cili ritu. huhuhu.....

memandangkan dah nak masuk waktu balik bagi pejabat2 pesekutuan dan kwasan2 yang sewaktu dengannya..aku pun kena bersiap nak balik la....hahahahaha.....

Monday, January 12, 2009

AZAM BARU

sudah agak lama tidak menulis blog....huhuhu..maklumla tahun baru..sebenarnya memandangkan akhir tahun ari tu semua kakitangan kerajaan berbuat - buat buzy kerana akhir tahun ni la bos akan nilai dan dimasukkan dalam borang laporan prestasi. jadi aku pun sama- sama buat2 buzy huhuhuhu.... mana la tahu kut2 dapat anugerah cemerlang tahun depan...hahahaha( kalau x bodek sampai pencen la jawapnya x dapat) dan dalam kebuzyan tu pun dapat jgk aku siapkan kerja-kerja di kebun sedikit sebanyak. cewahhh...(kebun ke). huhuhu... agaknya belum terlewat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakyat malaysia..

bercakap ttg tahun baru semestinya kita x akan lari dari bercerita tentang AZAM..huhuhu..walaupun sebenarnya azam itulah yang kita tunda dari tahun ke tahun..huhuhu...
azam aku tahun ni adalah menamatkan zaman bujang ....huhuhu tapi dah cukup sediakah aku berglear seorang suami??? cewahhhhhh cam soklan periksa spm je. aku rasa dari segi batin dah kut..huhuhuhu... dari segi zahir x tahu la sedia ke tak... segalanya terserah pada tuhan, kita hanya merancang. tuhan menentukan. huhuhu cam ustaz mengajar sekolah pondok la pulak..
sebenarnya hendak berkahwin pun byk jugak dugaanya.. kekg kalau dah kawen dah jarang la pegi main futsal... pastu jarang r pegi mancing...kang asyik main futsal je balik umah madam letak bola dalam sup. huhuhu.. malam2 dah x leh lepak ngan kawan - kawan la.. tengok bola pun sorang2 je la kut.. kena sorak man utd sorang2 la jawapnya. x best la. x de la penyokong liverpool nak marah2 kat MU.. huhuhu .kalau ada anak pun mesti kecik lagi. kena suruh isteri lahirkan anak yang besar r klu camni. leh buat teman tgk bola... hahahahaha..... sapa la sanggup jadi isteri aku nih.. dah la madam skrg x suka bola...kang kekg berebut r ngan isteri nak tgk EPL. isteri nak tgk AF. nasib baik raja lawak ari jumaat. x de la bertembung ngan jadual EPL. huhuhu..
sedikit info ttg team futsal aku....
berikut adalah keputusan perlawanan yang kami sertai semasa pertandingan terbuka KB arena futsal..:

watermelonfc vs beachboy 3-1
watermelonfc vs stan fc 3-0
watermelonfc vs dj squareB 3-0(menang percuma)

pusingan kedua( kalah mati)
watermelonfc vs PKINK 2-4


huhuhuh x pe dah....hero selalu kalah dahulu....selepas itu kami mempertingkatkan latihan untuk kejohanan I-metro ni. huhuhu harap2 dapat masuk ke grand final...kami juga selalu mengadakan perlawanan persahbatan dengan kelab2 tempatan. memandangkan selalunya perlawanan persahabatan berlansung selama sejam maka jaringan pun agak besar..

watermelonfc vs Mas merahfc 17-25
watermelonfc vs hamid cafe 22-27
watermelonfc vs gnfc 26-23

semua lawan ini adalah yg terkuat. jadi kesimpulan yg aku buat team aku agak jauh lagi ketinggalan ..huhuhuhu

















sedikit berita ttg kebun yg baru dibina.......saya belum lagi memangil ladang kerana ni baru projek eksperimen sy...walaupun tanah 3 ekar sy hanya berani mencuba suku ekar sahaja iaitu untuk menanam cili secara fertigasi yg memuatkan 1500 pokok. huhuhu benih telahpun ibeli melalui pos dengan marzuq farming. benih yang dibeli adalah jenih hybrid 568( betul ke nih..huhuhu) dan tanah telahpun dikosongkan dan diratakan. tetapi masalah hujan berterusan sekarang ini melambatkan banyak kerja2 . dan menyebabkan ada yg terus terbengkalai.

ini lah gambar jentera yang dipinjam sekali dengan driver2nya dari abang aku...huhuhu abang aku kontraktor.. kebetulan jenkaut ni x de kerja ari tu. jimat skit duit tolak kebun.. cuma bayar duit minyak ngan upah driver dia je.










ni la gmbr sebelum dicuci oleh jengkaut...huhuhu















cewahhhh....mamat sedang rajin setelah dibelanja milo panas di pagi hari...huhuhu......













tengah berusaha bersungguh-sungguh tapi nak hujan la......huhuhu













akhirnya siap juga...x sempat snap gmabr elok2 sbb nak hujan....jumpa lagi di lain hari....huhuhuhu bye. wasalam

Monday, December 1, 2008

banjir..........

banjir oh banjir kampung kita naik air..........huhuhu...lagu salih yaakop...hujan amat la lebat sejak 2-3 ari ni. ini adalah kerana musim monsun ataupun tengkujuh yg tiba telahpun membawa hujan yg agak banyak dan keadaan ini menyebabkan berlakunya banjir....walaupun beberapa tempat telahpun banjir namun sehingga ke waktu aku menulis blog ini , rumah aku masih lagi belum dinaiki air... dan beberpa kawanku telah pun balik kerumah masing2 kerana isteri mereka dah sibuk suruh balik pindah barang...huhuhu.....x tahu la kut2 hanya taktik... hmmm....banjir kali ini dijangka tidaklah seteruk 5 tahun yg lalu yg mana empangan tadahan air pecah menyebabkan banjir besar berlaku.. hmmm dan semasa banjir inilah aku pernah menghadapi bebrapa pengalaman suka duka dalam menghadapi kehidupan dan banyak mengajar aku erti sesebuah kehidupan. aku masih ingat bagaimana aku hampir lemas semasa bermain perahu atuk aku di sungai ketika air begitu deras.. di musim tengkujuh dan terjatuh kedalam sungai yg sememangnya dalam, mujurlah sepupuku yang tlg selamatkan aku....huhuhu...bayangkan la masa tu baru je umor 10 tahun..dan sepupu aku berumur 12 tahun...huhuhu....tapi sampai ke hari ini org tua ku x tahu aku hampir mati lemas masa kecik2 dahulu.. aku juga pernah menyelamatkan seorang rakanku yang lemas semasa menahan jaring kerana terjatuh dalam lonkang yang dalam.. dan yang lebih meriah ialah semasa banjir besar menengelamkan bandar jerteh dan memutuskan hubungan dari kuala terengganu ke kota bharu ketika itu.. disitu la aku mula belajar erti kemanusiaan..hmm. bayangkanlah bagaimana rasanya klu anda terperangkap dalam banjir selama 1 hari tanpa makan dan minum dan mempunyai anak yg kecil lagi di dalam kereta..?? huhuhu tentu peritkan.. dan lebih memeritkan ramai yg mengambil kesempatan..huhuhu...bayangkanlah bihun goreng tanpa ayam dan apa pun berharga 6 hinggit sepinggan....huhuhu....x sanggup aku..atas dasar simpati ayahku telahpun membawa balik 3-4 kelurga menumpang berteduh di rumahku.. dan beberapa lagi keluarga menumpang di rumah atukku...huhuhu...dan yang lebih menyedih kan banyak kereta-kereta yg ditinggalkan di tepi jalan telah pun mengalami kecurian.. hmm dasar manusia x berhati perut..

berbalik kepada cerita ladang yang akan aku buka.... aku dapati tanah itu tidakpun di tengelami air..tapi telahpun menjadi seakan2 pulau kerana kawasan sekelilingnya telahpun tengelam...huhuhu....nampak gayanya kena tunggu lepas tengkujuh la baru boleh buat projek..hmmmm dan cerita sedihnya cili yang aku tanam telah pun terkulai layu kerana ditengelami air.....huhuhu.......jumpa lagi......aku dahpun dapat panggilan kerana umah aku dah pun ada air sedikit2 ..huhuhu

Monday, November 24, 2008

watermelonfc kalah lagi

huhuhu...salam...seperti tajuk diatas itulah cite kite pada hari ini... nampaknya pasukan kami tewas lagi..x pe kami akan cuba lagi.. sebenarnya ini telahpun dijangka memandangkan pasukan yang kami lawan handal2 belaka.. layak ke pusingan ke 3 adalah boleh dianggap satu pencapaian terbaik pasukan kami. walaubagaimanapun kami akan cuba membaiki kepincangan pasukan kami...huhuhu...cam alex furguson la pulak..

kita tinggalkan futsal dulu sekejap..kembali ke arena perladangan kita..huhuhu...setakat ini projek yg ingin aku jalankan masih lagi terbengkalai kerana masalah cuaca..hujan turun mencurah-curah tanpa henti2 .. nampaknya projek ini akan lamabt lagi la berjalan.. biar la lambat asal selamat. tapi lambat2 jalan projek kan lambat pulak la leh kawen...huhuhu....dah la musim2 hujan ni. sedap nye la leh kawen musim2 gni... musim hujan gni ditambah pulak dengan cuti sekolah ini memang ramai la yang amik kesempatan melansungkan perkahwinan.. maka musim ini sangat sesuai dipanggil musim mengawan...huhuhu.....selamat pengatin baru kepada kawan2 ku yg pergi meninggalkan aku yang masih lagi memegang status single ini.. huhuhu...kepada aya, mijie, bob, sharul, azmi, yati, mekdah( zuraidah) diucapkan selamat pengantin baru.. dan kepada pok nik( nik hery) selamat menjadi bapa..huhuhu...korang kawen la dlu... pasni aku follow la.hahahaha...

berbalik pada projek yg akan aku jalankan ini... ini adalah tanah yg akan aku usahakan dengan projek cili aku..tanah seluas 3 ekar lebih ini adalah tidak mampu untuk aku usahakan seorang diri.. aku juga perlu mencari partner. mungkin aku tidak akan usahakan keseluruhan tanah tersebut memandangkan aku akan target menanam 2000 polybeg sahaja dulu. dan masalah sekarang yang paling utama ialah ketiadaan elektrik di tapak ini..hmmmm... mungkin aku x berjaya membuat kaedah fertigasi jika tiada elektrik. tapi aku akan usahakan jgak dengan apa cara sekalipun..huhuhu semangat nih..huhuhu..semangat aku tengah membara ni.. dengan harapan mengumpul duit untuk kawin aku akan usahakan juga dengan apa cara sekalipun..huhuhuu....maybe lepas ni masa aku bersantai dengan kawan2 ku akan dikurangkan sedikit berbanding sekarang. dan masa datim jgk akan dikurangkan. huhuhu jangan merajuk ek sayang.. walaupun aku ni boleh dikatakan agak cetek dlm penanaman cili aku akan cuba mengambil risiko ini. aku memlih cili ini memandangkan harganya yang kosisten. dan juga aku melihat cili ini amat berbeza dengan tembikai yang selalu aku tanam dengan kawan2. sebenarnya tapak ini penah digunakan untuk menanam tembikai namun tidak menjadi kerana tanah yang berpasir dan "gong" iaitu tinggi menyebabkan tanah tidak dpt menyimpan air di musim kemarau.

jadi pilihan yang aku ada adalah mengusahakan tanaman yg ditanam didalam polybeg. dan projek tembikai aku akan jalankan ditapak lama..



inilah cili sulung yg ditanam oleh aku dlm projek eksperimen aku ditanam di kebun ku. huhuhu ... walaupun agak lambat berbuah tapi aku bangga kerana akhirnya berjaya jgk berbuah. projek eksperimen aku sebenarya telahpun bermula sebulan lebih yang lepas. aku telahpun membeli kit fertigasi mini dari sabakagro untuk menjalankan kajian ini. walaupun hanya 10 pokok yg mengunakan kaedah fertigasi mini ini...aku juga telah menanam 40 pokok lagi dalam polybeg tanpa mengunakan fertigasi. dan keputusan yg aku dapat ialah kaedah fertigasi adlah amat sesuai untuk menanm cili dari segi pertumbuhan pokok. huhuhu....walaupun dlm kit fertigasi sabkagro juga telah disertakan baja dan bahan kawalan serangga.. aku jg mengunakan beberapa racun tambahan lain dan juga mengunakan set baja A B yg dibeli di kedai pertanian di bandar jerteh. ini adalah sebagai percubaan untuk menjalankan projek sebenar nanti. apa yg aku perhatikan dari eksperimen aku ini dari 50 pokok cili yg ditanam hanya 3 pokok yang telah diserang penyakit. hmmm.. adakah aku mampu mengawal serangan penyakit ini jika aku menanam dalam 2000 pokok nanti??? .. huhuhu...sama2 la kita nantikan dan doakan aku berjaya.. huhuhu....

takut mati cepat mati.....takut rugi cepat rugi..........

Monday, November 17, 2008

selamat berjuang team futsal watermelon fc

huhuhu...sekali lagi team kami akan menyertai kejohanan futsal...walaupun team kami belum pernah menajdi johan dlm kejohanan kejohanan sebelum ini, kami tetap akan menjadi pencabar kepada pasukan - pasukan fveret.. pencapaian terbaik kami adalah mendapat tempat ke 2 dlm kejohanan sebelum ini. melalui latihan- latihan yg telah kami jalankan kami yakin dapat memberi saingan pada kejohanan ini walaupun perit memandangkan beberapa pemain bertaraf bintang kami telah pun meninggalkan kelab ini kerana beberapa perselisihan faham.. huhuhu..biarlah bintang2 itu pergi andai itu cara terbaik untuk mereka. huhuhu... yang penting pemain kami yg tinggal ini bersatu hati...dan walaupun aku sedih dengan beberapa orang pemain yg seakan2 kacang lupakan kulit tapi x mengapa, ini menjadikan team kami akan lebih kuat.. percayalah.. dan beberapa pemain muda kami masih belum dapat bermain kerana sekarang tengah mengambil peperiksaan stpm dan spm... tinggal lah aku dan beberapa kawanku yang membesar bersama diatas padang bola kg aku itu.

sedikit makluman tentang projek cili aku....
aku telahpun bercadang menanam cili secara fertigasi di atas sekeping tanah seluas 3 ekar... tetapi setelah survey yg aku buat, aku dapati kos nya terlalu besar... dan aku bercadang juga menanam tanpa rumah perlidungan hujan..tetapi kos nya juga masih lagi besar.. dan aku ingin mengecilkan skala penanaman aku. masalah lain pula muncul... elektrik sukar disambung ke kawasan itu....hmmmmm....memandangkan tanah itu terlalu kedalam hutan dan belum terdapat lagi tiang ke kwasan itu. TNB telah menyatakan sekurang-kurangnya 8 batang tiang perlu ditanam barula sampai ke tanah itu... 3 tiang pertama adalah percuma...selebihnya perlu dibayar....hmmm aku terpaksa memikirkan semula projek ini... tanah projek tembikai aku x akan ditanam dengan cili ini kerana aku masih belum yakin sepenuhnya dengan cili.. aku x sanggup mendapat gelaran yg dikejar x dapat yg dikendong keciciran . apa-apa pun aku akan membersihkan tanah itu secepat mungkin...akan ada satu projek jgk disitu nanti.... insyallah