Wednesday, July 8, 2009

huarggggghh

fuh.....
memang agak lama sudah tidak menjenguk ke blog sendiri kerana beberapa alasan yang agak tidak munasabah......huhuhu
oleh kerana bekerja makan gaji...kenalah kerja kuat sikit walaupun gajinya kecik..huhuhu...kalau diikutkan memang x terlarat lagi...
aku cemburu tengok kawan2ku yang bekerja sendiri. mereka mempunyai masa yang cukup untuk membuat apa sahaja kerja yang mereka sukai. dan mereka boleh berusaha untuk mencari duit dengan usaha mereka sendiri tanpa perlu risaukan apa2....hurm...contohnya seorang kawanku yang dlunya berhenti sekolah setakat tingkatan 3 sekarang sudah boleh tersenyum bangga dengan hasil usaha nya. walaupun dia ni x berapa pandai sekolah tapi hasil usahanya sekarang adalah sangat memuaskan. dan seperti yang kita tahu....untuk berjaya kita memerlukan 1001 satu pengorbanan dan usaha yang bukan sedikit.. suka aku ceritakan kisah sahabatku untuk aku jadikan semangatku di masa hadapan...

sesudah berhenti sekolah kerana beberapa sebab...kawanku ini telahpun mengikut sepupunya membuat kerja2 buruh seperti renovation rumah dan lain2 lagi. tapi dia seorang yang cepat belajar. lama kelamaan kawanku ini telahpun pandai memasang "tile" @ mozek. semakin lama semakin berkualiti hasil kerjanya. akhirnya dia menjadi rebutan jika ada orang kampung yang ingin renovate rumah. tetapi dia masih lagi bekerja dengan sepupunya.. kerja2 memasang tile pula dilakukan sebelah malam...begitulah seterunsya kwanku ini. siang malam bekerja. termasuklah hari minggu...berbekalkan duit yang disimpan...kwanku ini mula membeli "tile" reject dari kilang. akhirnya tile reject mula mendapat perhatian kerana harganya yang murah. dan bersesuaian dengan harga orang kg... selepas itu kawanku ini mula membuka kedai tile...dan mula mendapat sub kontrak untuk memasang tile untuk projek2 kerajaan. dan akhirnya telah pun meluaskan perniagaan beliau ke seluruh malaysia....... begitu lah cerita seorang sahabat yang diringkaskan.....huhuhu tapi aku x nak la sampai gt2....kerja sampai x igt dunia