mungkin ramai anak2 muda yg tidak mengentahui maksud perkataan ini...pernah aku tanyakan beberapa anak muda yg lepak di tepi jalan kg aku,"apa itu fertigasi" dan jawapan yg di berikan kebanyakan membuatkan aku ketawa pecah perut.. hahahaha...ada yg kata fertigasi itu barang dalam kereta yg buleh membuatkan kereta bertambah laju..huhuhu..ko ingat fertigasi ni turbo kereta kow? nampak sangat la yang ko ni taksub kereta... sebenarnya fertigasi di daerah besut ini adalah tidak asing lagi... tempat2 penanaman secara fertigasi ini tumbuh bagaikan cendawan pada suatu masa dulu.. tetapi kebanyakannya adalah melalui peruntukan kerajaan. apa yang aku perhatikan dan yang aku tahu hanya terdapat 3-4 sahaja syarikat yang melabur dalam penanaman fertigasi ini. yang lain semuanya melalui skim kerajaan contohnya projek penanaman rock melon di alor lintang. projek ini bersebelahan dengan ikm besut. semua peserta akan mendapat semua kelengkapan fertigasi secara percuma. mereka akan mendapat rumah perlindungan hujan yang mana dari pemerhatian aku dapat memuatkan lebih 1000 polybeg setiap peserta. sebagai seorang peserta adalah patut bersukur kerana diberi kemudahan ini kerana ramai lagi yg cemburu tidak dapat menyertai projek ini. tapi dari pemerhatian aku. apabila manusia ini mendapat barang free.....huhuhu.....tahu- tahu sahaja la...ramai yang buat projek ini sambil lewa...dan ada jugak yg mendapat tempat dlm projek ini tetapi " menjual "tapak projek ini untuk duit mudah tanpa mahu berusaha. ini lah yg dikatakan kera mendapat bunga .huhuhuhu.. sebenarnya penanaman secara fertigasi ini adalah meluas d besut.projek yg dimulakan oleh bekas MB terengganu ini telah membantu ramai peserta keluar dari kelompok kemiskinan tanpa mengira parti politik. ini bukan aku mahu bercakap tentang politik. tapi aku menceritakan sejarah yg aku tahu ttg fertigasi ini..ini pun diceritakan oleh seorang sumber yg boleh dipercayai. antara projek fertigasi secara kelompok yg benar2 menyentuh hati aku adalah projek kelompok fertigasi setiap DUN. kalaulah aku dapat jugak alangkah bagusnya.. tapi oleh kerana aku bekerja dengan kerajaan adalah mustahil aku dapat memohon. tapi aku merancang tahun hadapan akan ada sekurang-kurangnya satu ladang separa fertigasi tanpa bumbung di tanah atuk aku yg belum di usahakan. kebenaran telah pun atuk aku berikan. tanah 3 ekar yg terbiar itu akan aku usahakan. oleh kerana tanah itu tanah beris iaitu berpasir, adalah tidak sesuai untuk tanaman yg memerlukan penjagaan yg rapi. ok la dlu.....sambung lain kali.....chow..
No comments:
Post a Comment