feeewitttt....
bertemu lagi kita di rancangan watermelonfc...
huhuhu....ko ingat rancangan tv3 ke ni...huhuhu..
sebenarnya aku nak bagitahu korang pasal cerita hobi aku yg berkaitan dengan aktiviti menanam ni. huhuhu...sebenarnya aku malu gak nak cakap yang aku ni suke jugak tanam- tanam pokok bunga. dan yang terbaru aku cuba jugak la tanam2 pokok bonsai setelah tengok bapak saudara aku punya...huhu...selepas je tengok bonsai yang ditanam oleh bapa saudara aku aku terus mengikut dia ke rumah "sifu" bonsai iaitu pok wei yang boleh dikatakan sememangnya otai dalam tanaman bonsai ini. aku terpaku seketika tengok pokok bonsai pok wei ini...sampaikan kawanku yang ikut sekali berkata seakan gambar dalam filem...huhuhu...
dan untuk pengentahuan semua, pok wei telah pun ke mekah hasil menjual bonsainya... pok wei penah mendapat tempat pertama dalam pertandingan bonsai seluruh malaysia... dan bonsai yang di beli dari pok wei juga telah pun memenangi 2 kali tempat pertama dan sekali tempat ke 2.. walaupun nama pok wei mekar dalam arena bonsai ini tapi beliau tidak pun sombong.. dan pok wei telahpun secara rasminya dilantik menjadi sifu aku setelah pok wei menerima goreng pisang yg aku bawa petang itu. dan lebih mengembangkan lubang hidung aku yg besar ini apabila pok wei kata yg aku ni ada potensi untuk maju dlm bidang bonsai ni...huhuhu.. suke kiranya dapat aku kongsi gambar yg aku ambil melalui telepon tempoh hari....tapi aku x reti nak masukkan dalam komputer..huhuhuhu...maklumla budak kg yg jarang2 jumpa komputer.. nanti la bila aku dah belajar dengan budak2 yg reti IT ni.
bonsai yg ditanam oleh pok wei dan aku adalah pokok "celorang atap" dan "jeliti".. jeliti mempunyai harga pasaran yang agak tinggi dan mempunyai kelasnya tersendiri. tetapi peringkat junior ni adalah lebih baik berjinak2 dengan pokok celorang atap. aku telah pun mengikut pok wei dan bapak saudara aku seramai 8 orang ke dalam hutan untuk mengali pokok ini. aku dibantu oleh kawanku untuk mengali pokok ini..masing2 bawak org kuat untuk mengali pokok ini.. huhuhu..penuh dalam bonet kereta aku bawak balik... dan pok nik yg juga seorang pensyarah di politeknik telah mambawa balik satu kereta citra. yg kosong hanyalah ruang pemandu dan penumpang hadapan sahaja... dan lain kali aku x akan masuk dengan kereta kesanyang aku dah. x sanggup aku menyakitimu keretaku..huhuhu...tapi yang peliknya pok wei x bawak balik banyak pun. cuma 2 sahaja yang dibawa balik.. huhuhu..
dan setelah sampai dirumah bapa saudara saya.. pok wei telah pun mengajar saya secara praktikal untuk menanam pokok bonsai ini... mengikut pok wei... satu pokok itu hanya akan siap dalam tempoh yg lama..iaitu memakan masa selama kurang2 lima tahun.... huhuhu...dan kesabaran adalah amat diperlukan. sebab tu aku hanya menanam pokok ini sebagai hobi. dan dari 20 yang ditanam hanya 12 yang hidup. huhuhu...sabar je la...bermakna 8 pokok yang mati tu klu diikut kan masa mengali ari tu mmg x berbaloi la. itu la yg dikatakan kesabaran. hahahaha..dan aku diperli oleh mak aku . huhuhu. siap mak tanya" banyak bawak balik kayu api?" huhuhu.....ooooo... mak perli ek....x pe nanti nak kawen kekg pakai hantaran bonsai ni la mak..hahahah..
TOWEL/TUALA BERKUALITI
-
#Towelbyafidahomestay Tuala sulam Tuala merupakan satu keperluan dalam
kehidupan kita. Oleh itu guys apa kata kita beri sesuatu yang bermakna
untuk orang y...
4 years ago
No comments:
Post a Comment