hait......huhuhu......sudah lama aku tidak mengupdate blog ini kerana kesibukan kerja yang menimbun -nimbun. oleh kerana beberapa orang pekerja baru telah diambil bekerja disini maka ringan la skit kerja-kerja aku di opis... aku tidak mahu bercerita tentang opis yg cukup membosankan dengan karenah - karenah manusia yg cukup hipokrit dan penuh dengan gila kuasa.
oleh kerana projek tembikai aku belum lagi berjalan untuk musim ke 4 ini,dan dijangkakan akan berjalan selepas musim tengkujuh .aku telah pun cuba2 menanam beberapa tanaman lain. tapi sayang ilmu IT aku belum mencukupi untuk aku menempelkan gambar tanaman sayuran ku disini. dengan beberapa benih hobi yang di beli di kedai apek ' see tai ' yang paling glamour di pekan jerteh ini..aku telah cuba menanam beberapa tanaman yang aku x reti tanam.. huhuhu ..sememangnya aku hanya reti tanam tembikai kerana atuk aku dlu adalah penanam tembikai dan jagung sahaja.
pertama sekali aku menanam 20 pokok cili jenis kulai kut yang dibeli dari kit fertigasi sabakagro dan cili padi pun dari kit fertigasi sabakagro jgk. dari 20 pokok yang ditanam berpandukan blog bicarajutawan, sekarang yg tinggal hamyalah 16 pokok... dan eksperimen menanam cili ini mungkin sukar untuk berjaya kerana musim tengkujuh yg hampir tiba ini. walaupun skala penanaman aku kecil ..masalah hujan menyulitkan untuk pembajaan dan penyemburan racun..
selepas itu aku juga menanam 10 pokok timun batang dan 10 pokok daun bawang. kedua2 jenis tanaman ini masih lagi segar dan belum dihinggapi penyakit... dari pemerhatian aku... cili adalah tanaman yang manja...dan adalah berisiko tinggi jika menanam cili dalam skala yg besar. walaupun cili ini ditanam dalam rumah lindungan hujan tetapi masih belum selamat 100% dari serangan penyakit.
dan ini membantutkan nawaitu aku untuk menanam cili secara fertigasi komersil. huhuhu....walaupun ramai yg menanam cili fertigasi di daerah besut ini...aku masih lagi x berani menanam cili kerana melihat ramai yg tertewas dari yg berjaya.... tidak dinafikan ramai juga yg menanam cili ini berjaya..contohnya sepupu aku yg tinggal di setiu berjaya menanam cili jenis kulai ini dan mendapat pulangan yg lumayan sehingga 5 angka. walaupun dia menanam mengunakan kaedah konvesional dan tanpa ilmu menanam cili yg lengkap. mungkin itu rezeki yg tuhan berikan pada seorang perempuan yg gigih berusaha.. dia hanya menanam cili setelah suaminya ditimpa kemalangan di tempat kerja. mungkin itu rahmat dari kejadian .
sebenarnya hobi aku yang suka menanam ini telah pun lama...jadi x mustahil satu hari nanti hobi ini akan menjadi satu usaha yg boleh mengandakan pintu rezeki bagiku...
TOWEL/TUALA BERKUALITI
-
#Towelbyafidahomestay Tuala sulam Tuala merupakan satu keperluan dalam
kehidupan kita. Oleh itu guys apa kata kita beri sesuatu yang bermakna
untuk orang y...
4 years ago
No comments:
Post a Comment