hait.......
sudah 2-3 ari aku x bukak komputer... masa seakan cemburui aku.. cewahh..maknanya lambat lagi la tapak projek baru aku nak siap...dah la menebas sorang diri...sebenarnya bukan nk jimat kos ke ape aku tebas sendiri tu...sebab sedikit sahaja hutanya.. walaupun begtu jenuh jgk la nak tebas tanah 3 ekar tanah atuk aku tu. sampaikan nak datim ngan mem pun x sempat.. hinggakan mek pun dah merajuk dah..hahaha....ilek la mem.. kanda nak cari duit nak kawen doh ni.... huhuhu...romantik x ayat gt2...
sebenarnya minggu ni sampai ke hujung bulan ni mmg membz kan diri aku la. start dari esok akan ada sukan MAKSAK antara jabatan kerajaan peringkat daerah besut. aku yg dilantik untuk AJK pertandingan futsal dan sebagai pemain untuk jabtan aku mestilah memberikan komitmen walaupun sebenarnya malas nak terlibat dlm benda2 gini . bukan kerana aku ni berat tulang... tapi kerana karenah beberapa kaki bodek dan kronimisme dlm opis aku ni.. huhuhu...nasib baik aku ni kira " bintang" jugak la kat besut ni. huhuhuhu....x perlu la crita yg lain2.. walaupun peluang untuk jabatan aku ni johan agak tipis kami akan tetap mencuba. ini kerana pasukan lain mempunyai ramai "bintang-bintang " dalam daerah ini. contohnya majlis daerah yng mempunyai beberapa bekas pemain negeri dan beberapa org pemain daerah.. JKR jgk x ketinggalan kerana mempunyai ramai pemain2 muda. dan finalis tahun lepas TUDM yang boleh dikatakan antara faveret tahun ini.. dan pasukan lain seperti pendidikan, LKIM, JPS, JUPEM, hospital besut, adalah lawan yg setara sahaja..
huhuhu....semangat pulak cakap futsal ni ek....sebenarnya mmg faveret aku la bola ngan futsal ni. dah la Man UTD aku kalah semalam... huhuhu...walaupun aku x tercapai impian untuk bermain secara profesional, bola tetap dihatiku.. dulu aku pernah mewakili terengganu peringkat bawah umor 12, 14. selepas itu aku telah break kejap main bola kerana kecederaan dan kerana mahu tumpukan pada pelajaran.. selepas habis universiti barulah aku aktif semula..tapi aku rasakan yg tuhan memberi jalan yg benar padaku kerana aku lihat semua rakan2 sebaya aku yang mewakili trg suatu masa dahulu hanya tinggal beberapa orang sahaja yg masih lagi bermain bola. kalau di terengganu hanya zairol zailani seorang sahaja yg tinggal dari 10 orang pemain yg dididik di akedemi bolasepak terengganu... bolasepak dan disiplin adalah 2 benda yg berkait rapat. zairol dari dahulu lagi amat berdisplin. ramai yg x berjaya dan telah memilih haluan lain. contohnya salman bekas penjaga gol untuk trg peringkat umo 12-18 telah menjadi cikgu, sumizi juga bekas pemain akedemik telah menjadi askar.., norhapizi juga bintang paling bersinar ketika itu telah pun bekerja dengan RTM, dan yang paling menarik ialah maliki yg menjadi rebutan antara kelantan dan terenganu telahpun bersara dari arena profesional dan bekerja di jabatan kerajaan. dan ramai lagi saya lihat yang telahpun meninggalkan bolasepak secara serius kerana beberapa faktor. ok la dahulu kali ini.....aku akan sambung lagi lain kali...nak pegi makan teh dulu.....huhuhu
TOWEL/TUALA BERKUALITI
-
#Towelbyafidahomestay Tuala sulam Tuala merupakan satu keperluan dalam
kehidupan kita. Oleh itu guys apa kata kita beri sesuatu yang bermakna
untuk orang y...
4 years ago
No comments:
Post a Comment