Sunday, November 9, 2008

NAK KAHWIN 1 LAGI : FIKIRLAH!!!!!



Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri
> saya
> Sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah
> melewati 40 tahun..
>
> Life starts at 40.
> 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan',
> kata isteriku..
>
> Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok.
> Tersengih- sengih aje lah I at that time.
>
> "Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap
> pegi Siam
> sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang
> sorang lagi...?!'
>
> Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan
> I.
> Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
>
> Sebab apa ?
> Bila mengenangkan umur I yang dah 40+.
> Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur
> 22 tahun.
>
> Memang lah seronok beb.
> Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah.
>
> Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I,
> rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife.
>
> Tak perlu nak ajar, I suka makan apa,
> cam mana cara nak masaknya,
> baju I kena gosok cam gini,
> kalau I bangun tidur
> I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
>
> Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka.
> Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana,
> hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu.
> Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ...
>
> Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu,
> tentu dia banyak ragam.
> Ye lah dia muda,
> I kan dah tua.
>
> Mesti dia kata I ni mengada-ngada.
> Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda.
> Silap haribulan, takut lari lak, kan ...
>
> Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak
> muda..
> Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja,
> isteri yang muda pasti lagi teruk.
>
> Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci,
> dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95,
> Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda
> atau
> Toyota.
> Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua.
>
> Kalau I tak bagi barang-barang tu,
> dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
>
> Sedangkan dengan isteri tua,
> awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup,
> berpanas berhujan,
> dukung anak kita dicelah motor tu.
> Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu.
>
> Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik.
> Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak
> banyak.
>
> Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar
> rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung
> dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ...
>
> Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT
> setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak
> tengok bola pun
> tak dapat ...
>
> Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan.
> Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain
> anak-anak lebih tertekan.
> Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia.
> Sebab tension bapak kawin baru.
>
> Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci
> pula.
>
> Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong
> pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.
> Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat
> lagi
> di masa I dah tua, dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
>
> Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak
> anak
> Kecik ( kan dah ada experience dengan isteri pertama
> -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
>
> Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar,
> boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama
> ibunya
> membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan
> mereka.
>
> Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin
> pampers
> dan bagi baby mandi.
> haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
>
> Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat.
> Mula mula kawin tentu seronok.
> Paling lama setahun-dua.
>
> Bila dah ada anak,tanggungjawab baru
> bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu.
>
>
> Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak,
> nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung
> anak-anak.
> Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
>
> Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu.
> Eii tak sanggup pula.
> Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...
> ... lagi haru ...
>
> Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu,
> beria ria kita nak kan anak dia.
> Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak
> letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the
> point. Tanya
> itu ini.
>
> Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan
>
> Kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk.
>
> Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje.
> Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan
> mak-bapak mertua baru I tu ....
>
> Hish banyak lah lagi.
>
> Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang
> indah indah kawin dua nih silakanlah.
>
> Tapi bagi I selagi hayat dikandung
> badan, selagi tu lah I tak nak tambah.
> Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
>
> Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu
> rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama
> terhadap I..
>
> Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata.
>
> Bukannya yang di dalam kepala.
>
> Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak
> mengharungi susah senang dari mula.
>
> Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah
> merungut salah
> Kita juga, cuai dan mengabaikannya) .
>
> Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
>
> Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita
> terlepas
> kalau isteri tu tak kejutkan.
> Bukan nak kata solat Subuh,
> kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
>
> Baca Quran pun sekali-sekala,
> baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal.
> Ikut sunnah Nabi apa nama tu.
>
> Tak payah lah yang lain lain.
> Kang ada yang nangis bila disebutkan.
> Cukuplah.
> Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami
> yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan
> ni.
>
> Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
> Apa sangatlah kita nih.
>
> Macam nabi konon. ye ke?
> Bab kawin kawin aje nih cam nabi.
>
> Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.
>
> Wallahualam.

No comments: