Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri > saya > Sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah > melewati 40 tahun.. > > Life starts at 40. > 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', > kata isteriku.. > > Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. > Tersengih- sengih aje lah I at that time. > > "Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap > pegi Siam > sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang > sorang lagi...?!' > > Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan > I. > Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah. > > Sebab apa ? > Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. > Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur > 22 tahun. > > Memang lah seronok beb. > Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah. > > Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, > rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. > > Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, > cam mana cara nak masaknya, > baju I kena gosok cam gini, > kalau I bangun tidur > I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. > > Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. > Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, > hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. > Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... > > Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, > tentu dia banyak ragam. > Ye lah dia muda, > I kan dah tua. > > Mesti dia kata I ni mengada-ngada. > Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. > Silap haribulan, takut lari lak, kan ... > > Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak > muda.. > Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, > isteri yang muda pasti lagi teruk. > > Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, > dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, > Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda > atau > Toyota. > Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. > > Kalau I tak bagi barang-barang tu, > dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. > > Sedangkan dengan isteri tua, > awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, > berpanas berhujan, > dukung anak kita dicelah motor tu. > Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. > > Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. > Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak > banyak. > > Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar > rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung > dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... > > Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT > setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak > tengok bola pun > tak dapat ... > > Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. > Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain > anak-anak lebih tertekan. > Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. > Sebab tension bapak kawin baru. > > Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci > pula. > > Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong > pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. > Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat > lagi > di masa I dah tua, dan memerlukan perhatian dari anak-anak. > > Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak > anak > Kecik ( kan dah ada experience dengan isteri pertama > -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) > > Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, > boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama > ibunya > membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan > mereka. > > Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin > pampers > dan bagi baby mandi. > haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. > > Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. > Mula mula kawin tentu seronok. > Paling lama setahun-dua. > > Bila dah ada anak,tanggungjawab baru > bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. > > > Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, > nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung > anak-anak. > Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. > > Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. > Eii tak sanggup pula. > Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... > ... lagi haru ... > > Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, > beria ria kita nak kan anak dia. > Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak > letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the > point. Tanya > itu ini. > > Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan > > Kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. > > Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. > Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan > mak-bapak mertua baru I tu .... > > Hish banyak lah lagi. > > Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang > indah indah kawin dua nih silakanlah. > > Tapi bagi I selagi hayat dikandung > badan, selagi tu lah I tak nak tambah. > Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. > > Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu > rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama > terhadap I.. > > Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. > > Bukannya yang di dalam kepala. > > Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak > mengharungi susah senang dari mula. > > Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah > merungut salah > Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . > > Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. > > Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita > terlepas > kalau isteri tu tak kejutkan. > Bukan nak kata solat Subuh, > kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. > > Baca Quran pun sekali-sekala, > baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. > Ikut sunnah Nabi apa nama tu. > > Tak payah lah yang lain lain. > Kang ada yang nangis bila disebutkan. > Cukuplah. > Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami > yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan > ni. > > Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. > Apa sangatlah kita nih. > > Macam nabi konon. ye ke? > Bab kawin kawin aje nih cam nabi. > > Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial. > > Wallahualam. |