Wednesday, July 8, 2009

huarggggghh

fuh.....
memang agak lama sudah tidak menjenguk ke blog sendiri kerana beberapa alasan yang agak tidak munasabah......huhuhu
oleh kerana bekerja makan gaji...kenalah kerja kuat sikit walaupun gajinya kecik..huhuhu...kalau diikutkan memang x terlarat lagi...
aku cemburu tengok kawan2ku yang bekerja sendiri. mereka mempunyai masa yang cukup untuk membuat apa sahaja kerja yang mereka sukai. dan mereka boleh berusaha untuk mencari duit dengan usaha mereka sendiri tanpa perlu risaukan apa2....hurm...contohnya seorang kawanku yang dlunya berhenti sekolah setakat tingkatan 3 sekarang sudah boleh tersenyum bangga dengan hasil usaha nya. walaupun dia ni x berapa pandai sekolah tapi hasil usahanya sekarang adalah sangat memuaskan. dan seperti yang kita tahu....untuk berjaya kita memerlukan 1001 satu pengorbanan dan usaha yang bukan sedikit.. suka aku ceritakan kisah sahabatku untuk aku jadikan semangatku di masa hadapan...

sesudah berhenti sekolah kerana beberapa sebab...kawanku ini telahpun mengikut sepupunya membuat kerja2 buruh seperti renovation rumah dan lain2 lagi. tapi dia seorang yang cepat belajar. lama kelamaan kawanku ini telahpun pandai memasang "tile" @ mozek. semakin lama semakin berkualiti hasil kerjanya. akhirnya dia menjadi rebutan jika ada orang kampung yang ingin renovate rumah. tetapi dia masih lagi bekerja dengan sepupunya.. kerja2 memasang tile pula dilakukan sebelah malam...begitulah seterunsya kwanku ini. siang malam bekerja. termasuklah hari minggu...berbekalkan duit yang disimpan...kwanku ini mula membeli "tile" reject dari kilang. akhirnya tile reject mula mendapat perhatian kerana harganya yang murah. dan bersesuaian dengan harga orang kg... selepas itu kawanku ini mula membuka kedai tile...dan mula mendapat sub kontrak untuk memasang tile untuk projek2 kerajaan. dan akhirnya telah pun meluaskan perniagaan beliau ke seluruh malaysia....... begitu lah cerita seorang sahabat yang diringkaskan.....huhuhu tapi aku x nak la sampai gt2....kerja sampai x igt dunia

Wednesday, March 11, 2009

SUDAH 3 BULAN......

huhuhu agak lama x menjenguk ke blog sendiri.... bznya mengalahkan menteri besar...huhuhuh.. sebnarnya memandangkan aku telahpun menjalankan beberapa projek persendirian dan jugak kerja2 kat opis ni bertambun2...maka x sempat la nak menjenguk blog sendiri...huhuhu...agak2nya kalau la satu hari tu ada 45 jam kan best...leh r wat kerja banyak masa.. masa tdo pun mesti cukup.. tapi kalau satu hari 45 jam mesti ramai yang pengsan sampai bulan puasa nanti. hahahaha ramai gak le yang dah kata aku ni dah kurus skit..x tahu r kurus kerna kerja ke, kerna main futsal ke, kerna x cukup tdo ke, kerna mkn ubat kurus x tahu r..korang pikir la sendiri...

projek watermelon aku dahpun berjalan serentak dengan projek percubaan menanam cili. oleh kerana aku ni dah berkali2 menanam tembikai jadi aku ambil keputusan untuk mencuba dulu menanam cili ni secara kecil-kecilan.. sebanyak 2000 anak pokok cili dah pun disemai...

inilah antara gamabr anak2 cili @ lada yang disemai .... saya jangkakan anak cili yang disemai ini hanya tumbuh sekitar 1200 pokok sahaja tetapi melebihi jangkaan.. huhuhu......harap2 menjadi la tanam cili ni...setelah berusaha dengan gigih...cewah...maka proses memasukkan sekam padi ke dalam polybeg dahpun hampir siap. hurm......memang memenatkan tetapi agak puas apabila lihat hasil polybeg yg telapun diisi sekam memenuhi kebun.. pada mulanya saya ingin mengunakan habuk kelapa ataupun cocopeat...tetapi memandangkan sekam padi bertimbun2 berhampiran kilang padi kawasan rumah saya dan boleh didapati secara percuma. sy mengubah fikiran.. dan saya jgk telahpun melawat beberapa ladang cili konversional tetapi tidak sempat mengambil gambar.. dan kisah sedihnya ladang sifu saya yang juga sepupu sy telahpun tengelam banjir....oleh kerana hujan seminggu dua baru2 sangat lebat hinggakan kawasan yang rendah2 telahpun dinaiki air...nasib baik la anak cili aku masih dalam nurseri...kalau tak naya la jgk..tapi kesanya ada la jgk terasa kerana baja tahi ayam yang aku gunakan untuk tanaman tembikai dah pun hanyut dan rosak...hurm xpe. sikit je tu dugaan dari tuhan kalau nak bandingkan dengan org lain... lagipun leh dapat ngan harga murah je kalau ngan member..huhuhu...ari tu siap member bagi ayam masa pegi amik baja tahi ayam..huhuhu...dia bagi ayam yang dah x laku nak jual dah..tapi leh r wat lauk makan nasi.. walaupun begitu masih ada beberapa kerja lagi untuk aku lakukan sebelum menanam tembikai ni...fuh penat.....................

Tuesday, February 10, 2009

dalam kebuzyan ini......

huhuhu.....memang agak lama x update blog aku yg x seberapa ini...aku agak sememangnya sibuk aku ini telah sedikit sebanyak memberi aku beberapa pengajaran....pertama sekali jangan melakukan 2-3 perkara dalam satu-satu masa...huhuhu...aku sebenarnya menjalankan 2 projek dalam satu masa sekarang...satu projek tanam tembikai dan satu lagi projek tanam cili... huhuhu...dahla kerja lagi...jadi setelah memikirkan kesan baik buruk yang akan aku hadapi di masa depan...aku telah mengambil keputusan mengecilkan skala penanaman cili kerana ini adalah projek eksperimen..dan dengan skala yang kecil ini lebih mudah untuk aku belajar dan memberi tumpuan...

sebenarnya anak benih cili telahpun masuk kedalam rumah semaian seminggu yang lepas.. dan anak benih tembikai pun dan masuk dalam semaian...memandangkan kedua2 projek ini di tanam dikawasan berlainan adalah agak memenatkan berkejar ke sana dan kemari...huhuhu... tapi peringkat awal ni sahaja yang agak penat. selepas ini ok la skit kut. mengikut pengalaman aku menanam tembikai selalunya peringkat awal2 ni je yang penat sikit..lepasni kira dah x penat sangat dah..dan apa yang aku baca dalam forum bicarajutawan menanam cili adalah amat memenatkan...huhuhu...melainkan mengunakan kaedah fertigasi... dan aku bercadang mengunakan teknologi baru ini( bagi aku la yang buta pertanian ni) untuk projek cili aku... tetapi belum pun aku memulakan projek telah timbul beberapa masalah terutamanya bekalan elektrik yang belum tahu lagi dapat ke tidak. ini kerana tapak projek aku terkedalam hutan sedikit..huhuhu...kalau nak masuk elektrik maknanya kena tambah dalam 5-6 batang tiang lagi baru sampai...hurm susah 2 aku jirus pakai tangan je la..huhuhu..nasib baik aku semai sikit je benih cili ritu. huhuhu.....

memandangkan dah nak masuk waktu balik bagi pejabat2 pesekutuan dan kwasan2 yang sewaktu dengannya..aku pun kena bersiap nak balik la....hahahahaha.....

Monday, January 12, 2009

AZAM BARU

sudah agak lama tidak menulis blog....huhuhu..maklumla tahun baru..sebenarnya memandangkan akhir tahun ari tu semua kakitangan kerajaan berbuat - buat buzy kerana akhir tahun ni la bos akan nilai dan dimasukkan dalam borang laporan prestasi. jadi aku pun sama- sama buat2 buzy huhuhuhu.... mana la tahu kut2 dapat anugerah cemerlang tahun depan...hahahaha( kalau x bodek sampai pencen la jawapnya x dapat) dan dalam kebuzyan tu pun dapat jgk aku siapkan kerja-kerja di kebun sedikit sebanyak. cewahhh...(kebun ke). huhuhu... agaknya belum terlewat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakyat malaysia..

bercakap ttg tahun baru semestinya kita x akan lari dari bercerita tentang AZAM..huhuhu..walaupun sebenarnya azam itulah yang kita tunda dari tahun ke tahun..huhuhu...
azam aku tahun ni adalah menamatkan zaman bujang ....huhuhu tapi dah cukup sediakah aku berglear seorang suami??? cewahhhhhh cam soklan periksa spm je. aku rasa dari segi batin dah kut..huhuhuhu... dari segi zahir x tahu la sedia ke tak... segalanya terserah pada tuhan, kita hanya merancang. tuhan menentukan. huhuhu cam ustaz mengajar sekolah pondok la pulak..
sebenarnya hendak berkahwin pun byk jugak dugaanya.. kekg kalau dah kawen dah jarang la pegi main futsal... pastu jarang r pegi mancing...kang asyik main futsal je balik umah madam letak bola dalam sup. huhuhu.. malam2 dah x leh lepak ngan kawan - kawan la.. tengok bola pun sorang2 je la kut.. kena sorak man utd sorang2 la jawapnya. x best la. x de la penyokong liverpool nak marah2 kat MU.. huhuhu .kalau ada anak pun mesti kecik lagi. kena suruh isteri lahirkan anak yang besar r klu camni. leh buat teman tgk bola... hahahahaha..... sapa la sanggup jadi isteri aku nih.. dah la madam skrg x suka bola...kang kekg berebut r ngan isteri nak tgk EPL. isteri nak tgk AF. nasib baik raja lawak ari jumaat. x de la bertembung ngan jadual EPL. huhuhu..
sedikit info ttg team futsal aku....
berikut adalah keputusan perlawanan yang kami sertai semasa pertandingan terbuka KB arena futsal..:

watermelonfc vs beachboy 3-1
watermelonfc vs stan fc 3-0
watermelonfc vs dj squareB 3-0(menang percuma)

pusingan kedua( kalah mati)
watermelonfc vs PKINK 2-4


huhuhuh x pe dah....hero selalu kalah dahulu....selepas itu kami mempertingkatkan latihan untuk kejohanan I-metro ni. huhuhu harap2 dapat masuk ke grand final...kami juga selalu mengadakan perlawanan persahbatan dengan kelab2 tempatan. memandangkan selalunya perlawanan persahabatan berlansung selama sejam maka jaringan pun agak besar..

watermelonfc vs Mas merahfc 17-25
watermelonfc vs hamid cafe 22-27
watermelonfc vs gnfc 26-23

semua lawan ini adalah yg terkuat. jadi kesimpulan yg aku buat team aku agak jauh lagi ketinggalan ..huhuhuhu

















sedikit berita ttg kebun yg baru dibina.......saya belum lagi memangil ladang kerana ni baru projek eksperimen sy...walaupun tanah 3 ekar sy hanya berani mencuba suku ekar sahaja iaitu untuk menanam cili secara fertigasi yg memuatkan 1500 pokok. huhuhu benih telahpun ibeli melalui pos dengan marzuq farming. benih yang dibeli adalah jenih hybrid 568( betul ke nih..huhuhu) dan tanah telahpun dikosongkan dan diratakan. tetapi masalah hujan berterusan sekarang ini melambatkan banyak kerja2 . dan menyebabkan ada yg terus terbengkalai.

ini lah gambar jentera yang dipinjam sekali dengan driver2nya dari abang aku...huhuhu abang aku kontraktor.. kebetulan jenkaut ni x de kerja ari tu. jimat skit duit tolak kebun.. cuma bayar duit minyak ngan upah driver dia je.










ni la gmbr sebelum dicuci oleh jengkaut...huhuhu















cewahhhh....mamat sedang rajin setelah dibelanja milo panas di pagi hari...huhuhu......













tengah berusaha bersungguh-sungguh tapi nak hujan la......huhuhu













akhirnya siap juga...x sempat snap gmabr elok2 sbb nak hujan....jumpa lagi di lain hari....huhuhuhu bye. wasalam