sudah agak lama tidak menulis blog....huhuhu..maklumla tahun baru..sebenarnya memandangkan akhir tahun ari tu semua kakitangan kerajaan berbuat - buat buzy kerana akhir tahun ni la bos akan nilai dan dimasukkan dalam borang laporan prestasi. jadi aku pun sama- sama buat2 buzy huhuhuhu.... mana la tahu kut2 dapat anugerah cemerlang tahun depan...hahahaha( kalau x bodek sampai pencen la jawapnya x dapat) dan dalam kebuzyan tu pun dapat jgk aku siapkan kerja-kerja di kebun sedikit sebanyak. cewahhh...(kebun ke). huhuhu... agaknya belum terlewat lagi untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua rakyat malaysia..
bercakap ttg tahun baru semestinya kita x akan lari dari bercerita tentang AZAM..huhuhu..walaupun sebenarnya azam itulah yang kita tunda dari tahun ke tahun..huhuhu...
azam aku tahun ni adalah menamatkan zaman bujang ....huhuhu tapi dah cukup sediakah aku berglear seorang suami??? cewahhhhhh cam soklan periksa spm je. aku rasa dari segi batin dah kut..huhuhuhu... dari segi zahir x tahu la sedia ke tak... segalanya terserah pada tuhan, kita hanya merancang. tuhan menentukan. huhuhu cam ustaz mengajar sekolah pondok la pulak..
sebenarnya hendak berkahwin pun byk jugak dugaanya.. kekg kalau dah kawen dah jarang la pegi main futsal... pastu jarang r pegi mancing...kang asyik main futsal je balik umah madam letak bola dalam sup. huhuhu.. malam2 dah x leh lepak ngan kawan - kawan la.. tengok bola pun sorang2 je la kut.. kena sorak man utd sorang2 la jawapnya. x best la. x de la penyokong liverpool nak marah2 kat MU.. huhuhu .kalau ada anak pun mesti kecik lagi. kena suruh isteri lahirkan anak yang besar r klu camni. leh buat teman tgk bola... hahahahaha..... sapa la sanggup jadi isteri aku nih.. dah la madam skrg x suka bola...kang kekg berebut r ngan isteri nak tgk EPL. isteri nak tgk AF. nasib baik raja lawak ari jumaat. x de la bertembung ngan jadual EPL. huhuhu..
sedikit info ttg team futsal aku....
berikut adalah keputusan perlawanan yang kami sertai semasa pertandingan terbuka KB arena futsal..:
watermelonfc vs beachboy 3-1
watermelonfc vs stan fc 3-0
watermelonfc vs dj squareB 3-0(menang percuma)
pusingan kedua( kalah mati)
watermelonfc vs PKINK 2-4
huhuhuh x pe dah....hero selalu kalah dahulu....selepas itu kami mempertingkatkan latihan untuk kejohanan I-metro ni. huhuhu harap2 dapat masuk ke grand final...kami juga selalu mengadakan perlawanan persahbatan dengan kelab2 tempatan. memandangkan selalunya perlawanan persahabatan berlansung selama sejam maka jaringan pun agak besar..
watermelonfc vs Mas merahfc 17-25
watermelonfc vs hamid cafe 22-27
watermelonfc vs gnfc 26-23
semua lawan ini adalah yg terkuat. jadi kesimpulan yg aku buat team aku agak jauh lagi ketinggalan ..huhuhuhu
sedikit berita ttg kebun yg baru dibina.......saya belum lagi memangil ladang kerana ni baru projek eksperimen sy...walaupun tanah 3 ekar sy hanya berani mencuba suku ekar sahaja iaitu untuk menanam cili secara fertigasi yg memuatkan 1500 pokok. huhuhu benih telahpun ibeli melalui pos dengan marzuq farming. benih yang dibeli adalah jenih hybrid 568( betul ke nih..huhuhu) dan tanah telahpun dikosongkan dan diratakan. tetapi masalah hujan berterusan sekarang ini melambatkan banyak kerja2 . dan menyebabkan ada yg terus terbengkalai.
ini lah gambar jentera yang dipinjam sekali dengan driver2nya dari abang aku...huhuhu abang aku kontraktor.. kebetulan jenkaut ni x de kerja ari tu. jimat skit duit tolak kebun.. cuma bayar duit minyak ngan upah driver dia je.
ni la gmbr sebelum dicuci oleh jengkaut...huhuhu
cewahhhh....mamat sedang rajin setelah dibelanja milo panas di pagi hari...huhuhu......
tengah berusaha bersungguh-sungguh tapi nak hujan la......huhuhu
akhirnya siap juga...x sempat snap gmabr elok2 sbb nak hujan....jumpa lagi di lain hari....huhuhuhu bye. wasalam
TOWEL/TUALA BERKUALITI
-
#Towelbyafidahomestay Tuala sulam Tuala merupakan satu keperluan dalam
kehidupan kita. Oleh itu guys apa kata kita beri sesuatu yang bermakna
untuk orang y...
4 years ago