Monday, December 1, 2008

banjir..........

banjir oh banjir kampung kita naik air..........huhuhu...lagu salih yaakop...hujan amat la lebat sejak 2-3 ari ni. ini adalah kerana musim monsun ataupun tengkujuh yg tiba telahpun membawa hujan yg agak banyak dan keadaan ini menyebabkan berlakunya banjir....walaupun beberapa tempat telahpun banjir namun sehingga ke waktu aku menulis blog ini , rumah aku masih lagi belum dinaiki air... dan beberpa kawanku telah pun balik kerumah masing2 kerana isteri mereka dah sibuk suruh balik pindah barang...huhuhu.....x tahu la kut2 hanya taktik... hmmm....banjir kali ini dijangka tidaklah seteruk 5 tahun yg lalu yg mana empangan tadahan air pecah menyebabkan banjir besar berlaku.. hmmm dan semasa banjir inilah aku pernah menghadapi bebrapa pengalaman suka duka dalam menghadapi kehidupan dan banyak mengajar aku erti sesebuah kehidupan. aku masih ingat bagaimana aku hampir lemas semasa bermain perahu atuk aku di sungai ketika air begitu deras.. di musim tengkujuh dan terjatuh kedalam sungai yg sememangnya dalam, mujurlah sepupuku yang tlg selamatkan aku....huhuhu...bayangkan la masa tu baru je umor 10 tahun..dan sepupu aku berumur 12 tahun...huhuhu....tapi sampai ke hari ini org tua ku x tahu aku hampir mati lemas masa kecik2 dahulu.. aku juga pernah menyelamatkan seorang rakanku yang lemas semasa menahan jaring kerana terjatuh dalam lonkang yang dalam.. dan yang lebih meriah ialah semasa banjir besar menengelamkan bandar jerteh dan memutuskan hubungan dari kuala terengganu ke kota bharu ketika itu.. disitu la aku mula belajar erti kemanusiaan..hmm. bayangkanlah bagaimana rasanya klu anda terperangkap dalam banjir selama 1 hari tanpa makan dan minum dan mempunyai anak yg kecil lagi di dalam kereta..?? huhuhu tentu peritkan.. dan lebih memeritkan ramai yg mengambil kesempatan..huhuhu...bayangkanlah bihun goreng tanpa ayam dan apa pun berharga 6 hinggit sepinggan....huhuhu....x sanggup aku..atas dasar simpati ayahku telahpun membawa balik 3-4 kelurga menumpang berteduh di rumahku.. dan beberapa lagi keluarga menumpang di rumah atukku...huhuhu...dan yang lebih menyedih kan banyak kereta-kereta yg ditinggalkan di tepi jalan telah pun mengalami kecurian.. hmm dasar manusia x berhati perut..

berbalik kepada cerita ladang yang akan aku buka.... aku dapati tanah itu tidakpun di tengelami air..tapi telahpun menjadi seakan2 pulau kerana kawasan sekelilingnya telahpun tengelam...huhuhu....nampak gayanya kena tunggu lepas tengkujuh la baru boleh buat projek..hmmmm dan cerita sedihnya cili yang aku tanam telah pun terkulai layu kerana ditengelami air.....huhuhu.......jumpa lagi......aku dahpun dapat panggilan kerana umah aku dah pun ada air sedikit2 ..huhuhu